Make your own free website on Tripod.com

<<HOBI>>

             Setiap orang pasti mempunyai hobi yang tersendari.Hobi saya ialah membaca.Tak kira sama ada majalah, novel komik mahupun bahan bacaan.lain. Hobi saya ini bermula semenjak saya berumur 9 tahun Waktu itu saya suka membaca buku majalah kanak-kanak yang bertajuk ASUH.Semestinya saya tidak akan melepaskan walau senaskah pun majalah ini di pasaran.Hobi saya ini terus berkembang sehingga sekarang.Bahan bacaan ini  boleh saya dapati dari kedai mahupun dari kawan-kawan.Selain itu saya juga boleh dapati dari perpustakaan desa ataupun perpustakaan awam.Tetapi kebanyakkan buku ini saya dapati daripada perpustakaan desa kerana rumah saya bersebelahan dengan perpustakaan tersebut dan memudahkan saya berulang-alik untuk meminjam.Kini hobi saya terus berkembang apabila saya telah membina sebuah perpustakaan mini di rumah.Segala bahan bacaan yang saya simpan selam ini di susun dengan rapi agar nampak lebih cantik dan menarki.Saya juga berharap agar suatu hari nanti saya akan mempunyai sebuah perpustakaan saya sendiri agar saya dapat berkongsi hobi saya bersama orang lain.Saya juga suka mengumpul gambar- gambar kartun seperti kartun dalam FINDING NEMO.Saya amat menggemari kartun ini kerana kartun ini menggambarkan satu komuniti yang saling bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.