Make your own free website on Tripod.com

LATAR BELAKANG KELUARGA

 

Saya berasal dari sebuah keluarga yang agak ramai .Saya mempunyai 9 orang adik-beradik iaitu 2 orang abang, 5 orang kakak dan seorang adik.Ibu saya pula bekerja sendiri.Dia membuka sebuah kedai runcit sendiri berhampiran dengan rumah saya.Ayah saya sudah meninggal dunia 10 tahun yang lepas semasa dia dan ibu saya pergi mengerjakan haji.Sekarang saya tinggal dengan ibu bersama 2 orang kakak dan seorang adik.Ini kerana abang dan kakak saya yang lain sudah pun berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.Walaupun ayah saya sudah meninggal ibu saya masih mampu menyara saya , kakak dan adik untuk meneruskan persekolahan kami. Kini kakak , saya dan adik masih belum habis dalam persekolahan kami. Salah seorang kakak saya menuntut di KUITHO di Johor dan seorang lagi di USM Sabah.Saya pula masih menunggu tawaran daripada salah sebuah institusi pendidikan bagi meneruskan pengajian saya. Manakala adik saya pula masih berada di tingkatan dua di sekolah harian biasa.......